impreza
@ Sekampung | Rumizu @ BDN |
30 June 1980 @ Johor Bahru | Luv animes, cartoons n 3D movies | Luv action figures n mechanical toys | Linux and OAS Administrator @ KUTKM | e-mail me at here.

 
 
 
 
Legolas ~ One Ring To Rule Them All
Adreen ~ Melawan Arus
Jue ~ Mengejar Pelangi
Kid ~ Mysterious Life
fir ~ Tudung Biru
ViZieR ~ ijau...ijau...ijau...
faith ~ Aku Yang Sangap
Necro - Da Sanctuary
My Info Blog - My Fav Info
Carrot Susu - Drama Of Life
eriyza qistina - From My Heart
tompiang - forbidden memories
wawaporeber
duwe - Dari Minda Seorang Budak Kampung
nabora - :: my other realms ::
nana
buckethead - Absurd Painting Explanatory
pawi - Gelanggang Permainanku
remifasola
jr - unspokenwords!
Ain - Welcome To My Life
Okino - Ceritera
anisdelaila - Mencintai Tak Semestinya Akan Dapat Utk Kita Miliki
jiji - rumad[at]me
nonie - nonie's heart
 
Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
Powered by Blogger
 
 
Thursday, September 30, 2004

Flip Flap

Balik daripada opis semalam, hujan dah start turun renyai-renyai. Dicampur lak dengan hati aku yang tengah panas (semua ni sebab ade le org yg berlagak cam bagus dan pandang aku ni macam jahil sangat pasal agama), aku pun singgah le jusco untuk berteduh. Oklah, maybe ade le yg cakap: Mamat ni asyik le pegi jusco.. Aku nak buat camne, jusco dgn opis aku dekat.. hehe..

Puas jugak le aku round2 daripada bawah sampai atas, ni kes nak sejukkan ati aku yg panas (sambil nak abiskan masa sebab nak gi makan terus dengan Aye kat yong tau foo). Sampai je kat tempat mainan, aku terpaku nengok something yang tengah bergerak2 kat tempat display. Benda tu macam pokok dalam pasu tapi pokok dia bergerak2. Aku angkat bekas dia (kotak plastik jernih, cantik), aku belek-belek le. Nama benda tu Flip Flap. Maybe dapat namanya drp gerakan daun dia kut. Diperbuat daripada plastik, dia bergerak tanpa perlukan bateri sebab 100% beroperasi menggunakan cahaya. Dia punya pergerakan ade 3 jenis, depend pada keterangan cahaya yg diterima. Ade 6 kaler iaitu Lemon Yellow, Carrot Orange, Coral Pink, Milk White, Turquoise Blue dan Apple Green. Tapi rege dia boleh tahan gak iairu RM 59.90.. tapi baguslah benda ni, tak pakai bateri, tak mati walaupun sebulan tak siram.. Ayat kat kotak dia: "Please grow your Flip Flap in your mind and bloom your own special flower" memang sesuai untuk describe benda ni..

Ni dia bendanya:



Tuesday, September 28, 2004

Movie Review: The Butterfly Effect



Hari Ahad aritu, on da way balik drp kampung, aku sempatlah borong 2 keping vcd. Salah satunya ialah movie kat atas ni. The other one tu aku belum nengok so aku akan reviu kemudian.

Cerita ni mengisahkan Evan (Ashton Kutcher) yang dr kecik selalu menghadapi satu masalah dimana dia akan lupa/pengsan dan tak ingat apa yang dia sedang/dah buat. Mak dia berasa risau lepas cikgu sekolah dia tunjukkan lukisannya yang ade gambar dia sedang bunuh 2 org lelaki sedangkan cikgu dia suruh lukis ape cita2 dia bila besar. So, mak dia bawaklah dia jumpa pakar otak dan doktor tu suruh dia tulis setiap apa yg dia buat tiap2 hari dlm diari. Evan ni pun buatlah apa yg disuruh oleh doktor tu. Antara peristiwa-peristiwa yang dihighlightkan dlm citer ni ialah:
1. Masa dia dan gelfren dia Kayleigh umur 7 tahun, bapak Kayleigh paksa dia dan Kayleigh having sex dan dirakam dlm video cam (dia cuma ingat time 'benda tu' dah terjadi)
2. Masa dia umur 13 tahun, diorg pasang dynamite dlm peti surat sorang pompuan dan dynamite tu meletup time pompuan tu (yg tgh dokong anak) bukak peti surat tu (dia sedar time kawan dia tibe2 lembik dan pengsan)
3. Masa adik Kayleigh yg tak suke dia kawan dgn Kayleigh ikat anjing dia dlm guni dan nak bakar. (dia sedar time anjing dia dah hangus).

Sehinggalah bila dia dah umur 20 dan dia cuba tanya Kayleigh apa yg bapak Kayleigh dah buat kat diorg time diorg 7 tahun. Kayleigh bertindak negatif dan bunuh diri malam tu. Evan secara tak sengaja menyedari yang bila dia baca semula diari tu, dia boleh kembali semula ke masa tu dan mampu mengubahnya. Namun begitu, setiap kali dia buat perubahan, keadaan akan berubah apabila dia tersedar pada masa kini. Dia cuba memperbetulkan balik apa yg bagi dia tak elok malangnye apa yg berlaku sekarang semakin teruk.

Dia tersedar kali terakhir pada keadaan dimana diari tersebut tak pernah wujud dan dia dah tak boleh ubah apa2 lagi. At last dia tengok video time mak dia nak bersalinkan dia dan kini dia kembali kepada diri dia time nak lahir. Dia jerut diri dia dgn tali pusat dan akhirnya dia mati. So, segala ape yg dah berlaku masa awal2 citer tu tak berlakulah. Akhir sekali citer ni tunjukkan keadaan sekiranya Evan ni tak pernah lahir dlm dunia ni..
Ape tah citer omputih ni, citer camni pun boleh buat filem. Tapi, bagi aku citer ni tetap best sebab dia mampu buat aku terkejut sket dan ternganga (tak jangka situasi2 tertentu akan berlaku)...

Monday, September 27, 2004

Life Is A Rollercoaster

Jumaat aritu, aku balik keje lambat sket, around kul 7.15. Ingat nak balik rumah terus tapi tak taulah kenape aku boleh belok terus gi Jusco (lagi!). Lepas solat, shopping sket2, aku lalu depan KFC. Lapar lak, so aku decide utk makan KFC je.

Tengah aku khusyuk melantak ayam dengan gaya ala-ala T-rex tengah makan Brontosaurus, tiba-tiba ada sorang budak kecik (dlm lingkungan umur 10 tahun) bawak bakul datang kat aku..
Budak: Bang, beli kuih bang...
Aku: (Sambil nengok dlm bakul dia) Err, takpelah, abg pun tgh makan ni..
Budak: Tolonglah bang.. Saya nak balik Segamat malam ni, takde duit..
Aku: Kalau abang beli pun takde org nak mkn.. Rumah abang pun ade 3 org je..
Budak: Kalau macam tu abang belanje saya aiskrim bang...
Aku: (Ragu2 sebab cam x bape percaya) Awk jual kat org lainlah. Dlm ni kan ramai org.
Budak: (Muka hampa, pandang aku pastu blah)..

Tapi tak taulah, pandangan budak tu macam tak leh aku lupakan. Tiba-tiba je aku jadik sayu. Aku fikirkan, berape sangatlah kalau aku belikan dia aiskrim time tu.. Aku fikir balik, masa umur aku 10 tahun dulu camne hidup aku. Aku rasa hampir semua benda yg aku nak, family aku belikan dan dia pada umur ni, kena jual kuih, kena merayu dgn org camtu.. Kenapalah aku boleh kejam sangat? Bila sampai rumah, aku still teringat2 pandangan dia dan terngiang2 kata-kata dia.. Aku bukak lagu Alhamdulillah dan aku fahami bait2 liriknya..

Alhamdulillah

Disaat waktu berhenti...kosong
Dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
Sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli 1 semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama
Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
Tetap Allahuakbar!!!

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
Entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
Harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
Teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
Sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
Mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
Aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
Aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
Agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
Moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan dugaan, cabaran sepanjang perjalanan
Ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

Sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
Untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....

Wednesday, September 08, 2004

Windows vs Red Hat Linux

Aduh tensennye aku pakai pc Linux aritu...
Sumer bende tak dpt buat...
nak dengar lagu, nak nengok video klip, nak chat kat YM sumer tak boleh..
aku kena belajar linux pepandai sebab unit aku adalah linux dan selama ni aku duk buat keje unit web..
bos aku ni dah berape hari lepak bilik aku ni.. dan aku rasa dah 4 kali aku format dan install semula linux kat pc lagi satu ni.. tahap2 nak muntah dah ngadap installation linux ni..

So far, atas meja aku ni dah ade 2 cpu yg menggunakan satu monitor..
satu linux satu windows.. aku nak install dual-boot tapi dia tak bagi... nanti aku nyesal dia kata...
aku nak share ape yg aku dah belajar:
Kalau nak guna php kena ada 4 benda iaitu
L - linux
A - Apache http server
M - mysql
P - php
tapi ada tambahan lagi, iaitu Snort, Acid, Libcap...
installer ni sumer dtg dlm bentuk *.tar.gz (ataupun zip dlm windows) ataupun *.rpm..
adelah 3-4 benda lagi aku belajar.. ngantuk lak nak citer...
Bagi aku Linux ni quite powerful kalau dlm kelompok kita sumer org pakai Linux...
sofwer2 yg takleh diinstall kat dia, dia dah sediakan versi dia sendiri... so takde masalah sangat pasal sofwer..

Inilah dia pc aku yg begitu power sekali:



Wednesday, September 01, 2004

Selamat Pengantin Baru Zarul & Along

Weekend lepas bertambahlah bilangan kawan2 aku yg dah kawin.. Aku je yg masih single dan available..
Dis time giliran Zarul pulak mendirikan masjid. Majlis kahwin ni diadakan kat rumah dia yang terletak kat Kuala Lipis. Berikut adalah kronologi perjalanan aku ke Kuala Lipis:

Sabtu, 28 Ogos 2004
Baru je balik drp rumah Kak Jaja, Nin sms aku ckp van tak dapat. Aku call Acik, Acik kat Raub, dia kata van takleh dpt dlm masa terdekat tu. Tak lama pastu Nin sms aku lg ckp van dah dpt. Nin balik dgn muka merah padam pastu beritau Salihin ngan Zuwairi tak jadik pegi. Ganti dgn Aim. Maksudnye bilangan org yg naik van hanyalah 4 org. Baik naik kete je. Kami bertolak kul 5.30 ptg. Punyalah jauh Kuala Lipis ni. Kitorg boleh main 2-3 permainan masa on da way. Main sambung2 lagu, main teka-teki, sampai dah tak tau nak main ape, aku pun bantai tido. Nizam drive separuh perjalanan lagi dan diorg bantai melalak sampailah Kuala Lipis (1.30 pagi). Lepas makan mi sup, Zarul beritau yg kami mungkin akan tido kat rumah sebelah rumah dia.. masalahnye rumah tu takde letrik.. Akhirnya kami decide utk tido je dlm van.. Nin asyik2 pusing2 macamlah tido atas tilam..cett..

Ahad, 29 Ogos 2004
Pukul 6 dah bangun.. Budak2 ni bising2 sebab banyak nyamuklah, tak cukup tidolah.. Akhirnya kitorang decide utk lepak dan tido kat masjid. Aim buat perangai hyper active dia. Org tido dia round2 keliling masjid, pastu sibuk carik sungai nak mandi. Aku rasa dia dah cakap ayat tu since kitorg kat Melaka lagi. Lepas mandi, Aim ajak aku jalan pekan Kuala Lipis. Sebab putera2 raja yg lain ni baru nak bangun, aku pun joinlah Aim. Kecik je Lipis ni. Macam Alor Gajah/Jasin je. Tapi diorg punye cakap ade slang cam Kelantan gak sket. Tak lama pastu Zarul call tanya pesal x sampai2 lagi.

Sampai je kat rumah Zarul (11.30 pagi) org still tak ramai lagi. Pelik. Kalo kat Melaka time camni dah meriah. Masa Zarul bersanding, teruk gaklah dia kena sakat. Merah padam muka dia. Aku lak nilah first time tepung tawar. Diorg gelakkan aku.. siut betul. Time ni baru nampak Khaidir, Aye, Abg Zali ngan family, Hafiz.. Lepas kul 3 petang, kitorg berangkat balik ke Melaka. Aim puas ati sebab lepas sehari usha Anis (sepupu Khalid) akhirnye dpt gak dia no tepon budak tu.

Balik lak, Khaidir naik ngan kitorg tapi dia moody je all da way. Ade sket konflik time diorg nak turunkan aku kat KL sebab Khalid lak tak nak kuar kat KL.. dia nak gi Labis terus antar Anis. DIorg siap suruh aku turun kat Seremban tu. Baik aku balik Melaka je. Nin dengan selamba je terus antar aku kat Terminal Putra Gombak. Memang best mamat ni. Baru nama kawan ini macam.. Okey, tutup citer sebab aku nak gi minum dah ni...



Zarul muka cuak, Along still kontrol ayu..


Bebudak ni sibuk nak posing bawah pokok
(korang takyah tekalah aku yg mane sbb takde dlm gambar)


Sing For Absolution Dalam Listing Google

Uihh bangganya aku...
Saje jelah aku browse2 kat Pakcik Google tadi..
Taiplah sing for absolution blogspot..
Tetibe je aku nyer blog ni dilistkan kat situ..
Hilang kejap ngantuk aku lepas layan anime Hunter X Hunter tadi..