impreza
@ Sekampung | Rumizu @ BDN |
30 June 1980 @ Johor Bahru | Luv animes, cartoons n 3D movies | Luv action figures n mechanical toys | Linux and OAS Administrator @ KUTKM | e-mail me at here.

 
 
 
 
Legolas ~ One Ring To Rule Them All
Adreen ~ Melawan Arus
Jue ~ Mengejar Pelangi
Kid ~ Mysterious Life
fir ~ Tudung Biru
ViZieR ~ ijau...ijau...ijau...
faith ~ Aku Yang Sangap
Necro - Da Sanctuary
My Info Blog - My Fav Info
Carrot Susu - Drama Of Life
eriyza qistina - From My Heart
tompiang - forbidden memories
wawaporeber
duwe - Dari Minda Seorang Budak Kampung
nabora - :: my other realms ::
nana
buckethead - Absurd Painting Explanatory
pawi - Gelanggang Permainanku
remifasola
jr - unspokenwords!
Ain - Welcome To My Life
Okino - Ceritera
anisdelaila - Mencintai Tak Semestinya Akan Dapat Utk Kita Miliki
jiji - rumad[at]me
nonie - nonie's heart
 
Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
Powered by Blogger
 
 
Wednesday, July 28, 2004

Kursus Orientasi dan Aku Janji

Lama dah aku tak update blog aku ni...
Nak sambung balik dengan citer pasal kursus aritu..

Sabtu 24 Julai 2004
Bangun lambat sbb mlm b4 aku tido kul 2.30 pagi. Layan khaidir nak citer masalah dia dgn awek dia. Kami lepak kedai kat Klebang. Aku terjaga kul 7.00 walaupun aku dah janji dgn ayin, wan dgn chen kul 7.30. Semua benda aku buat lebih kurang. Aku sampai dah kul 7.50. Diorg dah siap letak moto kat rumah chen. Dgn muka toya aku merayu chen utk balik rumah dia semula. Naik bas dan sampai kat Kolej Risda kul 9.00. Tak seronoknye sbb aku cume kenal budak dept aku je kt sini.

Register dan brekpes. Layan le perasmian dia ade le 3-4 ucapan yg amik masa dkt 4 jam.. duh. Bagi dorm, bagi group. Petang, aku berpeluang jumpa grupmet aku. Diorg ni sempoi ah. First time jumpe dah boleh gelak2 dan berbincang. Kami buat logo grup, misi, visi etc utk present mlm tu. Projek lg satu kena pikir camne nak buat satu U baru. Diorg bubuh nama aku ade Prof Madya lagi sebagai pengarah pusat komputer. Mlm lepas present (kecewa sbb x dpt nengok AF, nasib Nughul kuar) ade le satu gem tu kami kena pakai lilin je carik 5 checkpoint dalam gelap (sumer lampu dipadamkan).. berjalan sambil pegang tali dlm group (awek depan aku ni slownyelah jalan, aku asyik terlanggar dia je :P ). Punyalah hebat kami ni, 2 jam je dah dpt setel sumer checkpoint dan muncul sbg juara gem tu. Kul 3 aku tido lepas baca sms budakcomey dgn hisham yg kata farah kuar (tipu ah korang ni, kan nughul yg kuar)..
To be continue..

Friday, July 23, 2004

Kotak Menjerit Kembali Beroperasi

Shoutbox dah boleh digunakan semula. Tapi yang ni kena register baru. Yang lama tak dapat diselamatkan. Ingatkan pagi ni check dah orait but still bermasalah. Pilih template lain.

Semalam awal sungguh aku tido. 10.30 malam. First time aku rasa aku tido seawal ni. Nak cover balik malam kelmarin tido kul 3.30 pagi. Ni kes layan konsert AF ke-6 le ni. Gaji dah keluar tapi aku tak rasa excited sangat pun sebab nak kena bayar hutang macam-macam.

I'll be away for 3 days starting tomorrow. Ada kursus. Biasalah keje gomen ni, kalo tak kursus, makan. Beza giler dengan ofis swasta. Petang ni nak gi Jusco lagi beli kasut sport yang cun sket, tracksuit dgn towel baru. Persediaan untuk kursus le ni. Tracksuit yg biasa aku pakai buat main badminton, volleyball etc tu dah koyak sket, ni kes bermati-matian le nak selamatkan bola masa main volleyball aritu.. cett..

Harini Besday Abah aku, walaupun abah aku tak pandai nak bukak internet tapi aku nak cakap jugak. Semoga abah aku sentiasa sihat supaya aku dapat nengok, cakap, peluk, cium, kasik hadiah, telefon, makan sama2 dengan dia untuk tempoh yg lebih lama lagi. Sayang abah...

Thursday, July 22, 2004

Kotak Menjerit Ada Masalah

Aiyak, nape lak dengan kotak menjerit (shoutbox) aku ni...
Mesti korang tak dapat antar kat sana kan?
Buat masa terdekat ni, abaikanlah benda alah tu..
tadi nengok kat www.shoutmix.com pun ade gak org komplen problem yg sama..
ade yang kata sebab shoutmix tengah upgrade sistem dia...tatau ah...
 
Anyway, Im mengalu-alukan kedatangan korang ke Sing for Absolution ni...
Tak cantik pun, baru nak belajar2 buat blog..
so, kalo pasni korang terjumpa ade kureng je kat sini tak kiralah design ke, linking ke janganlah segan silu komen kat im pakai e-mail address kat bawah ni..

Wednesday, July 21, 2004

Dynomite vs PHSM

Bangun pagi adalah benda yang paling susah sekali bagi aku terutamanya bila semalamnya aku tido lambat... aku dah plan nak balik awal dah semalam sekali time kul 8.30 tu Ed call bilik aku suruh balik saing dia kul 11.00. Ikutkan hati aku malas je nak buat tapi bila ingat-ingatkan selalu time aku susah (time moto aku pancit dulu contohnye) dia tak kisah pun tolong aku. So, aku habiskan masa dengan layan Yahoo! Games.. Ni adalah game pevret aku:   

 

 
Leka jugaklah aku melayan game ni sampai kul 10.30. Ingatkan kul 11.00 tu balik terus, sekali diorg decide nak melantak otak-otak kat kedai sarang burung. Dah melepak tu boraklah benda elok2 sket ni citer antu.. cilakak betul. Akhirnya kul 12.15 barulah berangkat pulang. Aku siap terbayang ade sorang pompuan pakai baju putih duk dukung anak tahan aku kat tepi jalan pastu teringat lak citer Momok yg antu tu tumpang dia...
 
Perjalanan menyeksakan tu pun berakhir. Sampai rumah, aku ralat jugak sebab tak dpt nengok Diari Akademi. Fazeli tido atas katil aku (ni mesti dah penat memekak masa tengok diari). Aku bengang dengan mamat ni pasal bila aku tengah layan Diari Akademi dia akan duk memekak (usually duk kutuk Bob). Dahlah stail cakap memang le slow beberapa desibel je berbanding guruh yang berbunyik kat luar sekarang ni.. Rasa cam nak amik remote Astro sumbat dlm mulut dia..Time aku mandi dia bangun dan blah.. Bukak @15 ade lak Konsert AF ke-3.. Layan kejap je sebab dlm masa 10 minit kut (aku rasa le) Yeop tutupkan tv dgn lampu bilik aku bila dia nengok aku dah naik kapal nak merentas Selat Melaka.