impreza
@ Sekampung | Rumizu @ BDN |
30 June 1980 @ Johor Bahru | Luv animes, cartoons n 3D movies | Luv action figures n mechanical toys | Linux and OAS Administrator @ KUTKM | e-mail me at here.

 
 
 
 
Legolas ~ One Ring To Rule Them All
Adreen ~ Melawan Arus
Jue ~ Mengejar Pelangi
Kid ~ Mysterious Life
fir ~ Tudung Biru
ViZieR ~ ijau...ijau...ijau...
faith ~ Aku Yang Sangap
Necro - Da Sanctuary
My Info Blog - My Fav Info
Carrot Susu - Drama Of Life
eriyza qistina - From My Heart
tompiang - forbidden memories
wawaporeber
duwe - Dari Minda Seorang Budak Kampung
nabora - :: my other realms ::
nana
buckethead - Absurd Painting Explanatory
pawi - Gelanggang Permainanku
remifasola
jr - unspokenwords!
Ain - Welcome To My Life
Okino - Ceritera
anisdelaila - Mencintai Tak Semestinya Akan Dapat Utk Kita Miliki
jiji - rumad[at]me
nonie - nonie's heart
 
Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
Powered by Blogger
 
 
Tuesday, December 28, 2004

Sayonara Aki



Selepas 2 bulan duk sama dgn kitorg, akhirnya Aki nak blah tak lama lagi.. Peserta kelima terakhir yg tersingkir daripada Survivor Melaka ... :p

Kul 7.00 ptg semalam aku sampai rumah. Nizam dgn Aki tgh main gem bola. Aki tunjukkan satu surat kat aku. Dia dapat tawaran KPLI kat JB.

Aku : Dahtu ko nak pegi ke?
Aki
: Mestilah, susah payah aku apply, gi interview, takkan tak nak pegi..

Aku
: Ala, boringnye... Pasni aku balik rumah ko nak suruh aku kawan dgn sape? Cipan tu? (Bibir muncungkan kat Yob)

Aki
: Setaun je, pastu kalo dpt posting Melaka aku duk sini balik..

Aku
: Yelah tu, tah2 abis KPLI ko terus kawin. Takpun ko kene posting kat Bintulu ke, Sibu ke.


Tak bestnye.. Aki ni kira rapat gak dgn aku kat rumah. Bila dia masuk, kitorang serumah jadik rapat balik. Aku balik rumah awal, gi makan sesama dgn diorg. Dulu, sumer budak rumah buat hal masing2.

Aye - balik paling awal pun kul 8 pastu bile aku tanya dah makan ke belum mesti dah punya..
Yob - balik awal pastu nengok tv / tido sampai tgh malam..
Nizam - sehari duk rumah sewa, 3-4 hari duk kampung.. nak mkn mlm dgn dia sekali sebulan pun payah..
Aku - sebab duk rumah pun tak best, biasanya gi Jusco or lepak opis sampai mlm dgn imrul..

Semalam, lepas tunjuk surat tu kat aku, sibuk dia sms/call kwn2 dia yg dah apply.. Pastu suruh aku stop main Final Fantasy dan ajar dia camne nak tulis surat resign.. Tak taulah, kenapa aku rasa tak best sangat. Kadang2 aku rasa malas dah nak kenal kawan2 baru sebab satu hari nanti sama ada kwn tu yg tinggalkan aku or aku yg pergi jauh drp diorg. Dia lapor diri 5 Januari 05 ni.. Lagi seminggu je aku dpt lepak, main gem, mkn sama dgn dia...

Masa mkn mlm sama2 semalam, aku duk pikir je bile lah lagi dpt aku lepak2 dgn dia camni.. Teringat balik kat Zarul, Fazeli, Azman, Tinted, Kday, Zuwairi, member2 kl aku yg sekarang dah susah sangat aku nak jumpa...

Wednesday, December 22, 2004

Update Ke-2 Akhir Tahun 2004

Jumaat, 17 Disember 2004

Along call masa siang, confirmkan nak amik aku kul 11.30 malam pulak. Dahlah tak nak amik aku kat rumah sebab takut tak jumpa, last2 aku janji jumpa kat Peringgit Point. Gi solat Jumaat dengan Syamsul, tak sangka lak selama ni dia satu taman dengan aku. Solat kat masjid baru depan Sek. Sultan Muhammad. Abis solat, dia ajak mkn lak. Aduih, dahlah aku x bawak wallet (pakai kain, mane le aku nak letak wallet tu). Last2 dia belanja aku makan nasik goreng.

Malam, aku ni beria le makan cecepat, siap pesan dgn Aki suruh antar aku kat Peringgit Point. Kul 11.00, aku call Along, dia kata dia on da way, sekali tu kul 11.45 dia sms ckp dia kat Tanjung Agas, jauhnye lagi. Aku dah ilang mood, aku dgn Aki pulun je tido kat depan tv. Kul 12.30 baru dia call kata dah sampai. Tensen, aku saje je seselow kemas barang aku, biar dia rasa lak camne tensen aku tunggu dia. Kitorang gerak dlm kul 12.45 pastu aku yg tengah tensen gile ni tido je sepanjang perjalanan...

Sabtu, 18 Disember 2004

Sampai je rumah Uda, sumer org tgh tunggu kitorg. Aku mmg dah flat gile, sekali Uda suruh gak aku bangun minum nescafe dgn makan sate kajang. Sate Kajang??? Melompat terus aku gi kat meja, peveret aku ni..
Pagi, org2 pompuan (Mak, Andak, Kak Ila, Mak Kak Uda) sumer sibuk siap2 nak gi Nilai 3, diorg kata best. Sumer jejaka2 ni kena angkat tu, angkat ni. Tengahari aku lak gi Nilai 3 dgn Abg Zul, Izhar dgn Iwan. Macam2 benda aku nengok kat situ, nak beli duit takde, lom gaji. Last2 aku beli towel spiderman (cun, korg kene nengok gambar aku pakai towel tu :p). Balik, kenduri dah start dan famili yg lain pun sumer dah sampai..

Abah dgn Mak nak balik ptg tu gak sebab malam Abah nak gi nikahkan org. Aku ikut diorg balik.
Sampai rumah (Abah dgn Mak tumpang semayang kat rumah aku), Aki beritau satu berita yg membuatkan kaki aku longlai giler.. Tangki bocor teruk pastu air kena kat pc aku. Nasib baik diorg offkan suis sumer sebelum tido. Aku angkat sumer part pastu keringkan pakai hair dryer, mudah-mudahan elok.

Aki sibuk nak tinggalkan aku sesorg sebab dia nak gi rumah kakak dia kat Sg. Udang. Dia tipu Nizam suruh Nizam balik rumah sewa sbb dia kata dia tinggal sesorang. Nizam x tau aku dah balik. Aki blah cecepat.. tak lama pastu Nizam sampai. Nizam bawak cd LOTR Extended Edition. Kitorang layan sampai kul 2.30 pagi. Dahlah bising giler (nizam bawak hi-fi dia) aku takut jiran sound je.

Ahad, 19 Disember 2004

Takde buat pape, brekpes dgn Aye kat kedai roti tampal, lepak dgn Nizam dr pagi sampai malam kat rumah, petang Zarul call suruh tengokkan pc dia, mlm Nizam balik kampung, Aki blk rumah sewa, aku gi rumah Zarul. Dia dah berape hari risaukan pc dia takleh main game bola. Lepas makan (pedasnye nasik goreng Padilah masak). Misi aku gagal sbb aku tatau nak buat camne lagi..

Isnin, 20 Disember 2004

Gaji dah masuk, siap bonus lagi. Setel sumer utang, gi servis moto, pastu tukar no plat. Petang gi kedai Auntie amik duit. Sampai rumah, siap2 pastu kuar gi bank. Undur punya undur moto aku japgi plat aku langgar lak kete jiran aku patah lagi kat tempat yg sama, cesss.

Malam, gi Ocean dgn Aki+Nizam dan angkat PS2. Aki pilih 3 gem bola, nizam amik game skateboard, snowboard, aku lak amik Final Fantasy X dgn X-2, Kingdom Hearts etc. Sky beria2 ajar aku camne nak pakai PS2 tu, kitorg lak dh biol sebab lapor gile. Balik, Nizam buat le dia nye gile tu nak makan asam pedas kota laksamana lagi.

Sampai rumah, aku layan le PS2 sampai kul 1. Lanun 2 org ni main lagi, tah kul berape baru tido. Tapi ade satu masa tu time tu kira2 baru 10 minit aku masuk bilik dan tutup pintu. Aku duk dlm gelap main enset japgi cam ade org tolak pintu, buat bunyi haaaa (slow) pastu tarik balik pintu tu.
Pepagi aku tanya le Aki, dia kata kalo 10 minit lepas aku naik tu dia mmg tgh main gem lagi. Nizam terjaga pastu dia kata dia ade naik tukar suar tapi terus turun takde masuk bilik aku. Aiyak, sape lak suda bikin itu bunyi..

Selasa, 21 Disember 2004

Balik awal sebab nak main Kingdom Hearts. Pastu nizam main fatal frame2 (seram giler, gem ni cam cite2 antu korea/jepun).. Malam aku+ nizam kuar dgn Sarah, dia cite pasal dia dah nak tunang. Pastu cite dia merajuk dgn Kak K pasal intebiu keje.. Ego gak minah ni.. Gasak ah.. Kawan dia kat kedai tu tanya bf sarah yg mana, baju merah ke? (nizam) . Pastu aku dtg kat kaunter, dia tanya sarah yg baju putih ni eh? (aku). Lepas bayar, balik, main SSX3, KOF pastu naik tido. Aku main enset lagi, pastu aku dengar lak kat radio Aki time iklan tu ade sora laki yg bunyi pelik sket... Aku teringat yg mlm semalam punya bunyik tu.. Isy asal lak rumah aku ni..

Okey, full update.. Hisham dgn am dah ajak brekpes..

Wednesday, December 15, 2004

Another update

Aku nak letak gambar pichu aku yg pendi buatkan..
//Sorry ah pendi, blogger kritikal giler selow sekarang..



Pichu dgn minun lasak sangat le sekarang ni. Dia nak mintak aku belikan tempat yg lari pusing2 tu kot..
Ape taknye, dah buat panjat2, gigit sangkar, ni terbalik2 kan pulak tangga dlm sangkar dia. Aritu masa aku tukar habuk kayu dlm sangkar diorg, Pichu meronta2 time aku pegang dia. Amik ko, jatuh kat lantai. Biru kejap muka aku. Aku nengok dia melepek je kat lantai x bangun2. Aku angkat dia x meronta2, cuak gak aku. Sekali aku letak dlm sangkar nengok dah boleh je lari2, mkn kuaci pastu gurau2 dgn minun.. tipu betul..

Semalam gi rumah Acik, Andak dan famili dtg sana. Lepas makan, nengok bola Malaysia vs Thailand..
Lepas je Thailand dpt mata pertama masa first half aku terus tak berminat nak nengok lagi..
Sekali tu, bila Malaysia gol sekali pastu lps 2 minit score lg aku terus layan sampai abis..
Cayalah, masuk gak semi-final... Kaki recon aku sakit sebab aku excited sangat sampai kaki aku terhentak..

Pastu kitorg ade le borak2 kejap pasal henset Nokia, camne nak antar sms tanpa org tau kita sape. Andak citer pasal adik-beradik kitorang (2 Melaka, 2 Johor, 2 KL, 1 berada di luar kawasan (ateh)). Pastu setat ah citer pasal Ateh.. Mana lah dia pegi sekarang... Aku tak kesian kat dia, cuma kesian kat Kak Ila dgn budak 3 org tu je.. Ade gak terselit citer Kday..

Borak punya borak aku nengok jam dah kul 12. Acik paksa aku tido rumah dia sbb dia x caya aku nak balik memlm camtu. Siap mangga pagar dia. Last2 tido gak aku kat rumah dia. Entah aku mimpi ape, bila aku tersedar, aku nengok abg zul tido himpit aku.. cett, anak dgn bapak sama je tido lasak..

Pagi, Daniel, Qayyum dgn Hakim kul 6 lebih dah memekak nak main PS (tulah aku maleh nk tido sini, budak2 ni aku kureng sket).. Solat, start moto pastu blah..

Pagi ni, senyum sorang aku bila teringat ade sorang aweks ni minat tul dia dgn rambut Miss Peru yg menang Miss World 2004.. Cuma dia kata kalo dia buat rambut camtu mesti mak dia x bagi balik rumah.. hehe...


Thursday, December 09, 2004

Pichu dan Minun

Mengong tul le Blogger ni.. selow gile nak loading...

Ari Selasa aritu aku gi Pet Shop kat Bachang. Saje jelah melawat2 situ sebab since aku nengok hamster kat Pet Wonderland, One Utama aritu, aku cam terbayang2 je hamster ni..
Nengok kat situ, rege hamster RM 16 sekor, quite mahal bg aku tapi diorg duk lari2, berdiri pastu muncung hala dpn aku, geram lak aku nengok.. Aku tanya tokei kedai tu pastu minah tu cakap dia leh bagi diskaun. Dia amik sangkar, amik tempat letak makanan, minuman dengan habuk kayu, kuaci.. Last sekali dia amik hamster. Sukanya aku..

Aku: U tau ke mana jantan mana betina?
Tokei: Tau.. (dia angkat sekor2 telentangkan pastu tunjuk yg mana jantan yg mana betina)..

Aku pilih yg jantan tompok2 dan yg betina kaler coklat.. dedua time tu pipi menggelembung sebab diorg ade simpan makanan kat pipi... Dah siap pack dan bayar baru aku terpikir, camne aku nak bawak sangkar tu naik moto, tokei tu kata boleh je.. dia yg susunkan barang dlm bakul motor aku.. Aku bawak moto seselow sebab takut terhentak2 mati lak diorg ni...

Sampai rumah, aku letak habuk dgn kuaci dlm sangkar tu.. Omak aii, kuatnye makan diorg ni..
Respon housemate aku:

Yeop: Takde perasaan kut sbb dia nengok2, tanya beli kat mana pastu blah
Aki: Suka menyakat hamster aku, siap amik handset dia, bukak ringtone bunyik kucing tepi sangkar tapi diorg relax je, padan muka Aki
Nizam: Dia suka betul main dgn hamster ni, nak pegang le, asyik2 nengok, tolong bagi mkn..
Aye: Org yg aku paling takut nak tau respon dia. Aku nengok dia cam x suka je aku bela hamster ni.. Dia takut berbau kot..

Semalam si Pichu buat gile dia, memanjat sangkar sampai atas pastu bergayut kat bumbung sangkar sebelah tangan.. japgi jatuh tergolek... cekal lak tu, panjat lagi, tergolek lagi. Lama2 dia dah bosan buat camtu, japgi dia gi gigit lak besi2 sangkar tu... Ape punya penyakit le dia ni.. Tapi perangai diorg ni buat aku terhibur...