impreza
@ Sekampung | Rumizu @ BDN |
30 June 1980 @ Johor Bahru | Luv animes, cartoons n 3D movies | Luv action figures n mechanical toys | Linux and OAS Administrator @ KUTKM | e-mail me at here.

 
 
 
 
Legolas ~ One Ring To Rule Them All
Adreen ~ Melawan Arus
Jue ~ Mengejar Pelangi
Kid ~ Mysterious Life
fir ~ Tudung Biru
ViZieR ~ ijau...ijau...ijau...
faith ~ Aku Yang Sangap
Necro - Da Sanctuary
My Info Blog - My Fav Info
Carrot Susu - Drama Of Life
eriyza qistina - From My Heart
tompiang - forbidden memories
wawaporeber
duwe - Dari Minda Seorang Budak Kampung
nabora - :: my other realms ::
nana
buckethead - Absurd Painting Explanatory
pawi - Gelanggang Permainanku
remifasola
jr - unspokenwords!
Ain - Welcome To My Life
Okino - Ceritera
anisdelaila - Mencintai Tak Semestinya Akan Dapat Utk Kita Miliki
jiji - rumad[at]me
nonie - nonie's heart
 
Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
Powered by Blogger
 
 
Monday, January 24, 2005

Minun oh Minun

Aku nak ceritakan kronologi ape yg berlaku kat hamster aku semalam

1.00 petang
Aku baru sampai dr kampung. Letak beg dan nengok Pichu dgn Minun kat dlm sangkar. Pichu tengah tido dan Minun tengah korek2 abuk kayu. Makanan tinggal separuh sbb separuh lagi diorg bawak dlm rumah kecik..

1.30 petang
Aku amik baju kotor dan masuk dlm mesin basuh. Dah siap aku nengok dlm sangkar. Isy ape tu??? Enam objek merah tengah gerak2 kat dlm sangkar. Anak emster? Isy Minun dah beranak. Aku excited giler. Amik sangkar kecik pastu kejutkan Pichu yg tengah tido. Angkat dia masukkan dlm sangkar tu dan bubuh air+makanan. Pichu blur..

2.00 petang
Aku nengok lagi dlm sangkar. Ha?? Ade sekor anak emster yg dah mati (bdn tinggal separuh) kat tepi sudut sangkar. Minun makan anak dia huhu.. Aku rasa cam nak muntah, pastu kuar mkn dgn Nurul pun aku minum je.

3.00 petang
Balik rumah, tak nak nengok lagi emster tu. Naik atas layan Brother Bear. Nizam naik pastu dia kata Minun tgh menyusukan anak2 dia 6 ekor.. Lega.. layan Lion King 1/2.. Yob naik dan ckp bende yg sama..

8.30 malam
Keluar makan dgn Yob. Sebelum pegi nengok minun tgh tido dgn anak2 dia..

6.00 pagi (harini)
Aku nengok enset aku ade sms. Satu drp nya adalah dr Nizam : "Ini Nizam melaporkan dari tempat kejadian. Ibu emster telah makan lagi anaknya pada jam 3.05 pg. Tindakan segera perlu diambil"
Waaa, bengong punya Minun. Aku ingatkan dah ok. Aku bangun dan gi kat sangkar. Nengok anak emster yg dah tinggal 3. Aku dah takde mood nak pikir pasal dia sbb aku tak tau le yg lagi 3 tu sampai mana je ajalnya. Pasni takyah beranak le Minun.
//Betul kata kaZam aritu.. pelik gak, anak dia bukannya aku ade pegang pun..

Tuesday, January 18, 2005

Kekasih Baruku

Semalam, abah dtg opis aku tapi bukan opis aku le actually, sebab dia ingat opis aku MITC. Last2 jumpa dia kat Masjid Al-Alami je.. Lepas semayang, bagi duit kat Abah pastu aku balik..

On the way baru aku teringat jam aku dh abis bateri. Singgah Kotamas (yg panas giler) pastu gi kedai jam. Aku suruh amoi tu tukarkan bateri. Dia terkial2 nak bukak cover bawah jam aku. Tarik2 terlepas,
tarik2 terlepas. Tah cane dia buat sekali penyepit tu terlepas pastu suda bikin tangan dia luka.. Biru kejap muka aku.. Aiyak, aku suda cederakan anak dara org ah.. hehehe...

Dia cuba gak lagi walaupun aku dah kata tak payah. Sebab aku dah malas nak nengok dia terluka lagi, aku pusing2lah nengok jam kat kedai dia. Sekali tu dia panggil aku cakap tak boleh buat (Aku dah kata tadi ko degil gak). Napelah seiko aku yg sekor nih. Aku nengok2 le jam Casio kat situ. Kacak2 jugak. Harga lagi kacak. Amoi tadi siap keluarkan satu2 jam casio tu tunjuk kat aku. Ade satu jam tu sungguh menawan hati aku. Sebenarnya aku ni kalo nak beli jam sker yg ade analog dgn digital sekali cam jam seiko aku yg sekor tu. Yg aku sker ni lak dia sumer analog tapi ade tiga dial lain utk tarikh, hari dgn masa dlm 24 jam. Kira cinta pandang pertama la ni.. Aku pujuk punya pujuk akhirnya dpt le harga yg aku setuju. Best2.. balik terus pakai pastu asyik2 nak nengok.. Masa jalan, masa atas moto, masa kat kedai emi, sebelum tido.. hehe seronok gak ade kekasih baru ni.. Asyik2 nak nengok dia..

Nilah kekasih baru aku, Casio Edifice Titanium
EF-305T-8AV:

Tuesday, January 04, 2005

Movie Review 4: Meet The Fockers



Alrite, another review..

Sambungan daripada Meet The Parents, citer ni mengisahkan seorg mamat, Gaylord Focker (Ben Stiller) yang bekerja sebagai sorg nurse lelaki kat sebuah hospital. Mamat ni akan berkahwin dgn anak bekas seorg agen CIA, Jack Byrnes (Robert De Niro) selepas susah gile nak buat Jack dan isterinya suka kat Gaylord (*Meet The Parents). Jack bercadang utk melawat rumah keluarga Fockers (Bernie dan Roz) yg terletak kat Detroit utk kenal diorg lebih mendalam sblm Gaylord + Teri Polo (Pam) kawin...

Jack ni memang le irritating gile, asyik2 nak marah, itu tak boleh, ini tak kena. Tambah2 lagi bila dia jumpa mak bapak si Gaylord yg memang giler2 gak..
Antara part2 lawak:

1- Anjing Fockers (Moses) dan kucing Byrnes (Jinxy) main kejar2 pastu anjing termasuk dlm toilet bowl kucing tu flush, dpt selamatkan tapi anjing tu jadik kaler biru..
2 - Bilik mak Gaylord yg dijadikan tempat tidur Jack dan isteri ade macam2 buku dan benda berkaitan sexual (mak dia ni Sex Therapist utk golongan veteran)...
3 - Jack pakai alat penyusuan palsu utk menyusukan anak buah Teri, Little Jack..
4 - Bernie cium Gaylord dan Jack masa mula2 jumpa
5 - Jack mandi pastu nengok Bernie ade dalam toilet tgh berak
6 - Anjing keluarga Focker ni yg suka toot, memula anak patung little jack pastu si Jinxy..
7 - Bernie panggil Gaylord ni Gay
8 - Ada hall of fame utk gaylord (hadiah saguhati pun nak letak)..

Sampai satu masa Gaylord ni kantoi sebab pernah tidur dgn maid (Isabel) dia dulu, pastu masa Jack dtg repair bas dia kat rumah maid tu, anak maid tu rupa sebijik cam Gaylord. Jack sangka tu anak Gaylord dan suntik sejenis ubat kat tengkuk Gaylord. Masa majlis malam tu, kesan drp ubat tu menyebabkan Gaylord ni bercakap benar, dia kata budak tu anak dia, Pam dah pregnant, dia still rasa mak si Pam tu menarik etc..

At last, lepas buat ujian DNA, budak tu bukan anak Gaylord (padahal bapa sebenar dia pun adalah si Ben Stiller jugak bawak watak lain). Jack dan boleh terima keluarga Fockers dan baru tau yg dia ni jadik strict sangat sebab kurang aktiviti2 toot dgn isteri dia..

Citer ni best, tapi kalo korang yg tak bleh accept lawak2 18 SX ni maybe akan rasa citer ni kurang elok kot.. Jauhkan daripada tontonan kanak2 bawah 18 tahun (kui kui kui)..