impreza
@ Sekampung | Rumizu @ BDN |
30 June 1980 @ Johor Bahru | Luv animes, cartoons n 3D movies | Luv action figures n mechanical toys | Linux and OAS Administrator @ KUTKM | e-mail me at here.

 
 
 
 
Legolas ~ One Ring To Rule Them All
Adreen ~ Melawan Arus
Jue ~ Mengejar Pelangi
Kid ~ Mysterious Life
fir ~ Tudung Biru
ViZieR ~ ijau...ijau...ijau...
faith ~ Aku Yang Sangap
Necro - Da Sanctuary
My Info Blog - My Fav Info
Carrot Susu - Drama Of Life
eriyza qistina - From My Heart
tompiang - forbidden memories
wawaporeber
duwe - Dari Minda Seorang Budak Kampung
nabora - :: my other realms ::
nana
buckethead - Absurd Painting Explanatory
pawi - Gelanggang Permainanku
remifasola
jr - unspokenwords!
Ain - Welcome To My Life
Okino - Ceritera
anisdelaila - Mencintai Tak Semestinya Akan Dapat Utk Kita Miliki
jiji - rumad[at]me
nonie - nonie's heart
 
Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
Powered by Blogger
 
 
Monday, November 22, 2004

Salam Hari Raya

Salam Hari Raya buat semua.. Maaf Zahir dan Batin..

Arini baru naik keje, x de mood sangat nak bangun pagi tadi..
Nak buat keje? Lagilah.. mabuk rendang tak ilang lagi ni..
So, aku ingat nak story ape yg dah jadik masa raya aritu..

~ 2 hari sebelum raya, aku memang dah plan nak balik lepas keje tapi ujan lebat menghalang plan aku untuk diteruskan. Ujan berenti pun dah dekat2 nak buka, aku singgah Tmn Merdeka beli kueytiow goreng dgn murtabak.. Kat rumah takde org, Aye dah mlm baru muncul (terkejut nengok aku ade lagi)..

~ Malam Hari Raya Pertama, ada sorg mamat ni dtg rumah aku. Aku kenal mamat ni sebelum ni cuma tatau nama dia. Borak punya borak, pelik gak aku apesal citer dia ni ade cam ngarut je. Aku gi dapur, tanya Kak Ila, mamat ni betul ke tak, Kak Ila kata dia ade senget sket, ler.. Aku dtg balik kat meje nengok dier tengah cicah kerepek pisang dlm air sirap pastu makan.. Gulp, ngeri gak aku, sekali dia buat sengal dia karang abis aku dicekiknya..

~ Hari Raya Kedua, Sue beritau dia nak dtg rumah aku. So, get ready ape yg patut. Nak dekat sejam baru muncul. Datang dengan Reen, Yat, Gee dgn Zila. Abang2 + kakak aku sibuk nak tau yg mana satu awek aku. Duhh.. start lepas tu diorg tak abis2 citer pasal bila aku nak kawin le..

~ Hari Raya Ketiga, aku sms Sue ckp nak dtg rumah dia tapi lepas aku gi kubur nenek aku. Sekali tu masa kat kubur sibuk dia nak telefon2 le, sms le.. Kat rumah, Acik sound aku dia kata nenek aku cakap camni "Kalau nak main henset jangan dtg nengok aku".. siut je..

~ 3 hari lepas, pepagi Yob dah telefon aku citer pasal Kday dah ilang pastu bawak lari awek dia sekali. Mlm tu, Yob, Aye dgn Aki dtg raya rumah aku pastu abis detail le diorg citer, pasal Ija (kakak awek si Kday) datang rumah kul 7 pagi le, pasal duit Aki ilang le.. Memacam le mamat ni..

~ Sabtu, raya rumah Nizam.. Pastu mamat ni duk letak makanan ikan dia (dlm bekas kaca) atas meje kuih. Zuwairi siap boleh mkn bende tu sbb dier ingat tu kuih gak.. yucks.. Gi rumah Zuwairi, Zarul dgn Along citer pasal Kday lagi, ni versi complete..

So, arini aku still lagi ngantuk dan maleh nak buat keje.. Pidot dah suruh nengok satu sistem php ni pun aku biar dulu.. nanti japgi kalo mood aku dah dtg aku nengok ah..

Friday, November 12, 2004

Movie Review 3 : The Incredibles



Semalam, akhirnya dapat gak aku nengok cerita yg memang aku tunggu-tunggu selama ni. Dan aku rasa memang berbaloi penantian aku selama ni sebab citer ni jalan citer dia memang best, grafik cun abis, lawak best, sound effect mantap (cuma aku tak tau le ape masalah GSC Melaka ni, sound system dia masa aku nengok semalam kejap okey kejap selow.. cipan tul)...

Citer ni dimulakan dengan interview kpd 3 superhero, Mr Incredible (Power: Kuat Gile), ElastiGirl (Power: Elastik) dan Frozone (Power: Ais) yg bercerita pasal kenapa diorg rahsiakan identiti masing2 dan kata kadang2 diorg penat gak jadik penyelamat ni.. Sampailah satu hari masa Mr. Incredible tengah nak tangkap org jahat ada sorang budak kecik yg fanatik gila kat dia ni (namakan dirinya Incrediboy) nak join dia tapi Mr. Incredible tak nak... Satu hari tu ada satu kes yg melibatkan org nak bunuh diri dan sorg penjahat nama Bomb Voyage tengah curik duit.. Incrediboy ni muncul pastu sibuk nak tunjuk alat terbang dia, Bomb Voyage letak bom pada Incrediboy tu tapi bom tu jatuh kat landasan keretapi menyebabkan landasan keretapi meletup dan Mr. Incredible kena menyelamatkan keadaan.. Malam tu jugak dia kawen dgn ElastiGirl dalam cara org normal. Selepas kawen, Mr Incredible ni terima banyak saman menyebabkan dia (dan bini dia) prefer utk hidup sebagai org normal.

Diorg ada 3 org anak, Dash (Power: lari laju), Violet (Power: Invisible, Shield) dan Jack Jack (Power: akhir sekali baru dia tunjuk power) tapi diorg tak bagi anak2 diorg ni guna power dan hidup sebagai org normal. Dash memberontak sbb ElastiGirl x bagi dia join sukan. Mr. Incredible lak keje kat bahagian aduan (kot). Dlm masa yg sama, Mr. Incredible ni sibuk diperhatikan oleh pompuan nama Mirage yg akhirnya meletakkan satu alat yg beritau satu tugas khas utk dia.. Sbb dia pun dah cederakan bos dia dgn teruk dan diberentikan keje, Mr Incredible pun senyap2 terima tugas tu iaitu utk musnahkan satu robot yg power sangat kat satu pulau. Dia berjaya dan dia pegi ke tempat E (Edna Mode - tukang design suit superhero) utk jahitkan suit lama dia. E sebaliknya sibuk nak buatkan suit baru dan terangkan kenapa mantel (kain kat belakang baju superhero) x sesuai digunakan. Mr. Incredible dpt tugas baru lagi dan kini dia diserang oleh robot aritu yg dikawal oleh sorg watak jahat, Syndrome (ingat lagi tak Incrediboy? Dia dah besar). Syndrome ni bunuh sumer superhero supaya dia sorg je akan jadik superhero. Selepas menyerang gile2, dia ingat dia dah berjaya bunuh Mr. Incredible.

ElastiGirl cam x yakin dgn
Mr. Incredible yg kata dia pegi seminar pastu nampak suit Mr. Incredible ada bekas jahit. Dia tanya E, dan E ni lak sibuk nak tunjuk suit yg dia dah buat utk ElastiGirl, Violet, Dash dan Jack jack serta terangkan kat baju tu ada alat pengesan. Dia bercadang nak selamatkan Mr. Incredible tapi suruh anak2 dia tinggal (x berjaya sbb anak2 dia sumer terer, Jack jack je tinggal).. Plane yg diorg naik kena serang dgn missile Syndrome dan terhempas kat laut (time ni ElastiGirl dan Dash tunjuk power). Violet dan Dash tinggal kat gua sementara ElastiGirl pegi selamatkan Mr. Incredible (part ni paling aku sker).. Sementara tu Violet dan Dash telah dikesan dan diorg kena serang dgn beberapa konco si Syndrome.. (part ni pun aku sker)...

|Fast cut |
Lepas kalahkan konco2 si Syndrome, diorg sume dah jumpe balik tapi kena tangkap semula.. Syndrome gi antar robot tu ke bandar dan pura2 cam dia kalahkan robot tu tapi dia lupe robot tu pandai giler dan tembak alat kawalan kat tangan Syndrome.. The Incredibles (kuarga
Mr. Incredible) dtg ke bandar dan cuba kalahkan robot tu dgn bantuan Frozone.. Lepas abis kalahkan robot tu, diorg balik rumah dan mendapati Syndrome cuba nak culik Jack Jack. Time nilah Jack Jack tunjuk power dia; memula jadik api, pastu jadik logam last2 jadik monster, dia serang Syndrome dan Syndrome terpelanting kat atas kapal terbang dia.. Mantel dia menyebabkan dia mati sebab ditarik ke dalam kipas..

Diorg start idup normal semula. Dash masuk lumba lari tapi kena kurangkan sket kelajuan dia dan dpt tempat ke-2.. Violet dpt kuar dgn mamat yg dia minat selama ni.. On the way balik drp sukan sekolah Dash, ada sorg penjahat naik kete korek kuar dr tanah.. Sker gak pasrt ni sebab Mr Incredible nengok family dia sumer dah pakai topeng utk kalahkan org jahat tu..

Well, ni merupakan salah satu citer animasi 3D yang aku minat sangat selain Toy Story, Shrek dan Finding Nemo.. Bila kuar je DVD dia nanti aku nak belilah, buat koleksi..

Saturday, November 06, 2004

Hidup adalah perjuangan tanpa henti



Pagi tadi mood aku quite ok eventhough aku dtg lambat, dan dua org pegi punchkan utk aku menyebabkan status aku kat PC Kedatangan tu adalah BALIK AWAL.. Yg teruknya this is da second day benda yg sama berlaku.. Dua hari berturut2.. Aku still boleh tolerate...

Masuk bilik, sambung convert database Sistem Senat drp ODBC ke MySQL.. Page tu ade 6 error... Puas dah aku adjust tapi error tu tak kurang2 jugak.. Tension, aku report kat Pidot dan dia view dulu fail tu... Dan yg ni pun aku still boleh tolerate... Aku amik surfboard dan surf internet..

Sepul datang as usual utk update data kat server oracle dia tu... Tiba2 je dia bukak cerita yg Unit Sistem Maklumat Pelajar (SMP) nak sangat pakai staf so diorg ade ura2 utk tarik aku ke SMP. Yelah, untuk next intake ni mana ada nak amik staf baru ramai sangat sebab KUTKM nak tetapkan jawatan2 sementara.. So, diorg maybe tak akan dpt staf baru.. Caranya tarik PPSM dr bahagian lain.

Zupp.. darah berlumba2 pegi kat muka aku. Aku jadik bodo kejap sebab aku tak percaya. Aku net send pidot tapi respond dia mengecewakan sangat2 (maybe dia pun emo gak sbb tak nak kehilangan aku sebagai anak buah).. Dia kata, "pegilah, saya kan boleh buat SMSenat ni sesorang, alah, SMP tu kan banyak keje, unit kita ni takde keje, dah pegilah..". Aku hampa sangat, ingat ngadu kat dia, dia backing aku... Lama lepas tu (selepas aku boleh recover) aku gi bilik dia dan cerita... Pidot pujuk aku dan dia kata yg kalo diorg tarik pun maybe kejap je.. Kak Yani pulak menambah, dia kata maybe Am dgn Yati pun akan ditarik juga (which makes me feeling 'ok' a bit)..

Aku citer kat Imrul, dia ingat aku tipu... Ayen pun ingat aku tipu.. So, aku cerita le satu2 ape yg sepul ckp tadi.. Aku gi semula bilik Pidot, Kak Mimi ada situ.. Pidot cite kat Kak Mimi.. Kak Mimi kata jangan nak ngada2 tarik org aku suka2 hati.. aku takkan bagi (cayalah akak, sayang kat akak)... Cuma aku pun tak pasti le sama ada keputusan Kak Mimi tu akan dilayan atau tidak oleh En. Isa.. Whatever pun aku still kena tunggu keputusan big boss...

Aku sedih dan kecewa sangatlah... Ilang terus mood aku arini.. Pidot asyik tanya pasal SMSenat tapi aku tak bukak pun.. Sorrylah bos, next week baru aku leh recover kot.. Harap-haraplah DIA takkan benarkan ni semua terjadi..