impreza
@ Sekampung | Rumizu @ BDN |
30 June 1980 @ Johor Bahru | Luv animes, cartoons n 3D movies | Luv action figures n mechanical toys | Linux and OAS Administrator @ KUTKM | e-mail me at here.

 
 
 
 
Legolas ~ One Ring To Rule Them All
Adreen ~ Melawan Arus
Jue ~ Mengejar Pelangi
Kid ~ Mysterious Life
fir ~ Tudung Biru
ViZieR ~ ijau...ijau...ijau...
faith ~ Aku Yang Sangap
Necro - Da Sanctuary
My Info Blog - My Fav Info
Carrot Susu - Drama Of Life
eriyza qistina - From My Heart
tompiang - forbidden memories
wawaporeber
duwe - Dari Minda Seorang Budak Kampung
nabora - :: my other realms ::
nana
buckethead - Absurd Painting Explanatory
pawi - Gelanggang Permainanku
remifasola
jr - unspokenwords!
Ain - Welcome To My Life
Okino - Ceritera
anisdelaila - Mencintai Tak Semestinya Akan Dapat Utk Kita Miliki
jiji - rumad[at]me
nonie - nonie's heart
 
Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
Powered by Blogger
 
 
Wednesday, September 21, 2005

Movie Review : KL Menjerit 1

Aku dh ngk lama citer ni tapi baru nak review

Sinopsis (dipetik drp web
filem kita )

Ku Idhzam atau lebih dikenali sebagai Ku adalah sahabat baik yang juga sepupu Shahrol ketika di kampung, telah berhijrah ke Kuala Lumpur (KL). Di KL selain bekerja di kilang percetakan, Ku juga terlibat dengan kegiatan lumba haram. Ku mengajak sepupunya berpindah ke KL tetapi Shahrol tidak yakin untuk hidup di sana kerana tiada pengalaman dan hanya memiliki pendidikan yang tidak seberapa. Di KL, Ku berkenalan dengan Khatijah, seorang siswa perubatan di sebuah universiti yang mengalami tekanan perasaan kerana sejarah silam. Nina, pegawai penyiasat cuba membantu Khatijah dengan misinya menyelesaikan kes yang membabitkan mat motor. Kecekapan Nina menunggang motosikal membuatkan hubungannya semakin rapat dengan Shahrol.

Dr citer ni kita akan tau :
~ siapa tuan punya moto yg Shahrol pakai dlm KL Menjerit..
~ camne Shahrol leh kenal dgn Danny..
~ camne Shahrol leh duk kl dan keje kat kedai moto
~ camne apek leh jadik mat rempit
~ Shahrol syok kat Erra tapi Erra kene gi study kat oversea...

Pengajaran cerita :
~ betapa dlm keghairahan duk nengok bunga api masa merdeka pun perati la kat belakang.. mungkin ade org yg kene rape..
~ walau camne rempit pun seseorg tu, sembahyang jangan ditinggalkan.. Alhamdulillah..
~ jangan ingat kita boleh terlepas kalau kita buat sesuatu kesalahan..
~ polis pompuan pun kene terer merempit tau..
~ kemungkinan ade beberapa student medic yg curik ubat..
~ kalau pasal awek pun takyah lah gaduh sampai putus saudara.. kalau gaduh pun, lawan race motor pastu berbaiklah semula
~ jangan percaya 100% kat org.. kene simpan sket rasa ragu2..

Bagi aku, jalan citer dia ok, menarik.. As usual, apek adalah penambah perisa kepada cerita.. Cuma ending dia bukanlah happy ending sbb 2 watak dlm citer ni dimatikan.. BTW, aku baru tau yg Khatijah tu anak Aznah Hamid dan si Ku tu lak kerabat Kedah..

Tuesday, September 06, 2005

Movie Review : The Maid



Pada bulan ketujuh Cina, diorg percaya yg pintu neraka akan terbukak. Pada masa ni yg jugak dikenali sebagai Hungry Ghost Festival iaitu masa di mana roh-roh akan berkeliaran. Sorang maid dr Filipina, Rosa keje dgn satu famili cina kat Singapore. Dia tak tau pun pantang-larang masa tu dan satu hari tu dia tak sengaja sapu abu duit yg famili tu letak depan rumah diorg menyebabkan dia dapat ngk hantu sepanjang bulan tersebut. Famili tu ada sorg anak yg terencat sket nama Ah Soon. So, cerita ni banyak la part2 yg terkejut time Rosa ternampak roh2 yg berkeliaran. Dan dlm rumah tu dia selalu nampak antu sorg pompuan pakai baju merah (duk atas almari bilik dia la, buat scene kena gantung depan bilik dia la..

Rosa terjumpa satu sampul surat bertulis Ester. Dan dia tanya Wati, org gaji jiran dia, Ester ni rupa sama cam Rosa. Ester ni dulu keje kat rumah famili Cina tu. Dan pada satu hari Rosa terjumpa satu mayat yg dh rentung dalam tempayan. Serentak tu jugak dia dpt vision pasal ape yg dh terjadi kat Ester. Dia tanya famili Cina tu ape yg dah jadi dan diorg citer yg Ah Soon dulu rogol Ester. Cina ni tak nak cerita ni tersebar, bunuh Ester dgn cara membakar dia. Ah Soon lak kecewa atas kematian Ester dan bunuh diri. Rupa2 nya Ah Soon ni dah mati dan yg balik tu antu dia. Dia nak kawin (org cina percaya org yg dh mati boleh kawin dgn syarat pasangan dia mesti rela nk kawin sebelum mati). Cina ni laki bini paksa Rosa setuju dan gantung dia. Antu Ah Soon tiba-tiba teringat time bapak dia bunuh Ester dulu so dia tolak org tua tu kat api n org tua tu mati terbakar. Bini dia lak mati kena langgar. Rosa selamat (atas bantuan Ester) dan bawak abu mayat Ester balik ke Filipina (Ester punya permintaan utk blk ke sana).

Bagi aku citer ni quite ok walaupun efek2 camni dh biasa dibuat dlm citer2 seram korea/jepun.. Aku bagi 3 bintang..

Monday, September 05, 2005

Suddenly KL

Last Saturday aku tiba-tiba lak nak ikut din gi kl eventhough malam tu aku just tido 2 jam je..
Start gerak dlm 10.30 dan sampai kl kul 12 kot. Din dropkan aku kt STAR Pandan Jaya sbb dia nk jumpe awek dia nama Ada (selama ni ko merahsiakannya dr aku ye)..

Saje je aku tak nak bawak kete aku ke kl. Leh le aku ulangi detik2 masa aku duk kl dulu. Naik Star, tukar Putra..
Masa dlm Putra tu ade la satu insiden berlaku kat aku. Aku duduk menyandar kat pintu tren. Belah kiri aku ade 2 org pompuan, sorang sandar kat dinding, sorg berdiri depan dia.. Antara stesen Pasar Seni dan KL Central, tiba-tiba aku peratikan minah yg menyandar kat dinding tu tiba-tiba tunduk dan akhirnya rebah ke arah aku, aku tahan sampai aku mencangkung bagi mengelakkan dia terbaring atas lantai tren. Panik gile gak aku.. Member dia tepuk2 pipi dia. Dia tersedar semula dan pandang keliling. (Asal lak la minah ni). Kat KL Central, org ramai nak keluar so aku beralih le ke bahagian tengah. Tetiba aku ngk awek tadi pengsan lagi dan kali ni kawan dia tahan sampai dia terduduk atas lantai. Ada la a few people yg bangun dr tempat duduk dan offer kat minah 2 org tu tapi yg pengsan tu cam x nak je. Rasa aku diorg nak turun kat Bangsar kot sebab kawan awek yg pengsan tu tarik dia ajak turun tapi dia ni boleh lak buat degil dia pegang besi tu tak nak keluar2.. Org2 kat dlm tren tu aku ngk semua duk peratikan diorg 2 org ni. Sampai la kat Abdullah Hukum, baru diorg keluar. Eventhough diorg dah keluar, aku peratikan berpuluh2 gak mata yg masih memandang diorg.

Am dan Soll amik aku kat Kelana Jaya dan kami terus menuju ke OU. Puas la berjalan2 kat situ. Am memang best. Belanja aku minum soya+cream puff+taufu fa kat kedai yg jual air soya je.. Tapi sedap sgt soya kat situ.. Pastu dia belanje ngk wayang (karang ptg aku reviu citer yg aku ngk ni). Lepak kat Animecity. Aku carik Edward/Alphonse (Fullmetal Alchemist) nye keychain ataupun phonestrap tapi xde. Tulah, kalau gi Time Square mesti best. Kat sana ade satu level tu yg memang banyak benda2 camni.. Masa ngk wayang, din call dan kata dia tunggu aku kul 7.30. Aku sampai sana lambat dan kitorg start gerak balik kul 8.00.

Thanks Am n Soll for ur warm welcome during my visit there.. Korg memang kawan aku yg paling best. Cuma aku agak regret sebab aku dpt lepak kejap je kat sana. Nanti sesenang aku lepak sana lagi. Cuma aku masih menunggu janji2 korg nak turun sini..

Thursday, September 01, 2005

Movie Review : Gol & Gincu

Well, maybe ramai yg akan gelak bila tau aku ngk cerita ni..
As for me, citer ni agak bagus jika dibandingkan dgn citer2 arahan sorang profesor tu..
Cuma tajuk dia je agak kureng sket.. hehe..




Citer pasal Putri (Fazura) yg kapel dgn Eddy (Ashraf Sinclair) tapi Eddy kata dia rasa bosan dgn perangai Putri yg dianggap terlalu dependent eventhough dia sebenarnya having an affair with Shasha (Sazzy), kapten team futsal (err naper diorg sebut foot-soll eh, bukan foot-sal).. Putri tensen dan dia tubuhkan team futsal dia sendiri terdiri drp J, Dayang (Zarina Af2), Jiji (Sh. Amani), Aisyah, Zie (Rafidah 3R), err aku lupe lak nama watak yg Tini+Celina 3R pegang.. Ending boleh agak, team diorg (nama team: Bukan Team Biasa.. duhh) menang tournament eventhough diorg hadapi banyak problem : (Dayang kene jaga adik dia, mak J tak kasik main futsal, Jiji pregnant sbb sumbang mahram oleh ayah dia)..

Overall aku peratikan citer ni ade mesej dia sendiri:
1-Tak semestinya kita akan lemah bila putus cinta
2-Penjagaan hak ke atas wanita
3-Practise makes perfect
4-True friend bring out the best in each other
5-Org melayu sama melayu pun buleh speaking english.. ngehehe, no comment..

Frankly speaking aku x rasa menyesal ngk citer ni.. Keep up the good work Malaysian.. Hasilkanlah lebih banyak filem yg berkualiti dan bermesej dan bukan setakat nak untung je..


Aku Tanpa Cinta Mu

Lagu ni aku tgh minat sangat sekarang.. Syahdu je dengar..

Aku Tanpa Cinta-Mu
By Mirwana dan Jay Jay

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi

Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia

Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi

Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar

Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih