Update Ke-2 Akhir Tahun 2004
Jumaat, 17 Disember 2004
Along call masa siang, confirmkan nak amik aku kul 11.30 malam pulak. Dahlah tak nak amik aku kat rumah sebab takut tak jumpa, last2 aku janji jumpa kat Peringgit Point. Gi solat Jumaat dengan Syamsul, tak sangka lak selama ni dia satu taman dengan aku. Solat kat masjid baru depan Sek. Sultan Muhammad. Abis solat, dia ajak mkn lak. Aduih, dahlah aku x bawak wallet (pakai kain, mane le aku nak letak wallet tu). Last2 dia belanja aku makan nasik goreng.
Malam, aku ni beria le makan cecepat, siap pesan dgn Aki suruh antar aku kat Peringgit Point. Kul 11.00, aku call Along, dia kata dia on da way, sekali tu kul 11.45 dia sms ckp dia kat Tanjung Agas, jauhnye lagi. Aku dah ilang mood, aku dgn Aki pulun je tido kat depan tv. Kul 12.30 baru dia call kata dah sampai. Tensen, aku saje je seselow kemas barang aku, biar dia rasa lak camne tensen aku tunggu dia. Kitorang gerak dlm kul 12.45 pastu aku yg tengah tensen gile ni tido je sepanjang perjalanan...
Sabtu, 18 Disember 2004
Sampai je rumah Uda, sumer org tgh tunggu kitorg. Aku mmg dah flat gile, sekali Uda suruh gak aku bangun minum nescafe dgn makan sate kajang. Sate Kajang??? Melompat terus aku gi kat meja, peveret aku ni..
Pagi, org2 pompuan (Mak, Andak, Kak Ila, Mak Kak Uda) sumer sibuk siap2 nak gi Nilai 3, diorg kata best. Sumer jejaka2 ni kena angkat tu, angkat ni. Tengahari aku lak gi Nilai 3 dgn Abg Zul, Izhar dgn Iwan. Macam2 benda aku nengok kat situ, nak beli duit takde, lom gaji. Last2 aku beli towel spiderman (cun, korg kene nengok gambar aku pakai towel tu :p). Balik, kenduri dah start dan famili yg lain pun sumer dah sampai..
Abah dgn Mak nak balik ptg tu gak sebab malam Abah nak gi nikahkan org. Aku ikut diorg balik.
Sampai rumah (Abah dgn Mak tumpang semayang kat rumah aku), Aki beritau satu berita yg membuatkan kaki aku longlai giler.. Tangki bocor teruk pastu air kena kat pc aku. Nasib baik diorg offkan suis sumer sebelum tido. Aku angkat sumer part pastu keringkan pakai hair dryer, mudah-mudahan elok.
Aki sibuk nak tinggalkan aku sesorg sebab dia nak gi rumah kakak dia kat Sg. Udang. Dia tipu Nizam suruh Nizam balik rumah sewa sbb dia kata dia tinggal sesorang. Nizam x tau aku dah balik. Aki blah cecepat.. tak lama pastu Nizam sampai. Nizam bawak cd LOTR Extended Edition. Kitorang layan sampai kul 2.30 pagi. Dahlah bising giler (nizam bawak hi-fi dia) aku takut jiran sound je.
Ahad, 19 Disember 2004
Takde buat pape, brekpes dgn Aye kat kedai roti tampal, lepak dgn Nizam dr pagi sampai malam kat rumah, petang Zarul call suruh tengokkan pc dia, mlm Nizam balik kampung, Aki blk rumah sewa, aku gi rumah Zarul. Dia dah berape hari risaukan pc dia takleh main game bola. Lepas makan (pedasnye nasik goreng Padilah masak). Misi aku gagal sbb aku tatau nak buat camne lagi..
Isnin, 20 Disember 2004
Gaji dah masuk, siap bonus lagi. Setel sumer utang, gi servis moto, pastu tukar no plat. Petang gi kedai Auntie amik duit. Sampai rumah, siap2 pastu kuar gi bank. Undur punya undur moto aku japgi plat aku langgar lak kete jiran aku patah lagi kat tempat yg sama, cesss.
Malam, gi Ocean dgn Aki+Nizam dan angkat PS2. Aki pilih 3 gem bola, nizam amik game skateboard, snowboard, aku lak amik Final Fantasy X dgn X-2, Kingdom Hearts etc. Sky beria2 ajar aku camne nak pakai PS2 tu, kitorg lak dh biol sebab lapor gile. Balik, Nizam buat le dia nye gile tu nak makan asam pedas kota laksamana lagi.
Sampai rumah, aku layan le PS2 sampai kul 1. Lanun 2 org ni main lagi, tah kul berape baru tido. Tapi ade satu masa tu time tu kira2 baru 10 minit aku masuk bilik dan tutup pintu. Aku duk dlm gelap main enset japgi cam ade org tolak pintu, buat bunyi haaaa (slow) pastu tarik balik pintu tu.
Pepagi aku tanya le Aki, dia kata kalo 10 minit lepas aku naik tu dia mmg tgh main gem lagi. Nizam terjaga pastu dia kata dia ade naik tukar suar tapi terus turun takde masuk bilik aku. Aiyak, sape lak suda bikin itu bunyi..
Selasa, 21 Disember 2004
Balik awal sebab nak main Kingdom Hearts. Pastu nizam main fatal frame2 (seram giler, gem ni cam cite2 antu korea/jepun).. Malam aku+ nizam kuar dgn Sarah, dia cite pasal dia dah nak tunang. Pastu cite dia merajuk dgn Kak K pasal intebiu keje.. Ego gak minah ni.. Gasak ah.. Kawan dia kat kedai tu tanya bf sarah yg mana, baju merah ke? (nizam) . Pastu aku dtg kat kaunter, dia tanya sarah yg baju putih ni eh? (aku). Lepas bayar, balik, main SSX3, KOF pastu naik tido. Aku main enset lagi, pastu aku dengar lak kat radio Aki time iklan tu ade sora laki yg bunyi pelik sket... Aku teringat yg mlm semalam punya bunyik tu.. Isy asal lak rumah aku ni..
Okey, full update.. Hisham dgn am dah ajak brekpes..