Hidup adalah perjuangan tanpa henti
Pagi tadi mood aku quite ok eventhough aku dtg lambat, dan dua org pegi punchkan utk aku menyebabkan status aku kat PC Kedatangan tu adalah BALIK AWAL.. Yg teruknya this is da second day benda yg sama berlaku.. Dua hari berturut2.. Aku still boleh tolerate...
Masuk bilik, sambung convert database Sistem Senat drp ODBC ke MySQL.. Page tu ade 6 error... Puas dah aku adjust tapi error tu tak kurang2 jugak.. Tension, aku report kat Pidot dan dia view dulu fail tu... Dan yg ni pun aku still boleh tolerate... Aku amik surfboard dan surf internet..
Sepul datang as usual utk update data kat server oracle dia tu... Tiba2 je dia bukak cerita yg Unit Sistem Maklumat Pelajar (SMP) nak sangat pakai staf so diorg ade ura2 utk tarik aku ke SMP. Yelah, untuk next intake ni mana ada nak amik staf baru ramai sangat sebab KUTKM nak tetapkan jawatan2 sementara.. So, diorg maybe tak akan dpt staf baru.. Caranya tarik PPSM dr bahagian lain.
Zupp.. darah berlumba2 pegi kat muka aku. Aku jadik bodo kejap sebab aku tak percaya. Aku net send pidot tapi respond dia mengecewakan sangat2 (maybe dia pun emo gak sbb tak nak kehilangan aku sebagai anak buah).. Dia kata, "pegilah, saya kan boleh buat SMSenat ni sesorang, alah, SMP tu kan banyak keje, unit kita ni takde keje, dah pegilah..". Aku hampa sangat, ingat ngadu kat dia, dia backing aku... Lama lepas tu (selepas aku boleh recover) aku gi bilik dia dan cerita... Pidot pujuk aku dan dia kata yg kalo diorg tarik pun maybe kejap je.. Kak Yani pulak menambah, dia kata maybe Am dgn Yati pun akan ditarik juga (which makes me feeling 'ok' a bit)..
Aku citer kat Imrul, dia ingat aku tipu... Ayen pun ingat aku tipu.. So, aku cerita le satu2 ape yg sepul ckp tadi.. Aku gi semula bilik Pidot, Kak Mimi ada situ.. Pidot cite kat Kak Mimi.. Kak Mimi kata jangan nak ngada2 tarik org aku suka2 hati.. aku takkan bagi (cayalah akak, sayang kat akak)... Cuma aku pun tak pasti le sama ada keputusan Kak Mimi tu akan dilayan atau tidak oleh En. Isa.. Whatever pun aku still kena tunggu keputusan big boss...
Aku sedih dan kecewa sangatlah... Ilang terus mood aku arini.. Pidot asyik tanya pasal SMSenat tapi aku tak bukak pun.. Sorrylah bos, next week baru aku leh recover kot.. Harap-haraplah DIA takkan benarkan ni semua terjadi..