Dynomite vs PHSM
Bangun pagi adalah benda yang paling susah sekali bagi aku terutamanya bila semalamnya aku tido lambat... aku dah plan nak balik awal dah semalam sekali time kul 8.30 tu Ed call bilik aku suruh balik saing dia kul 11.00. Ikutkan hati aku malas je nak buat tapi bila ingat-ingatkan selalu time aku susah (time moto aku pancit dulu contohnye) dia tak kisah pun tolong aku. So, aku habiskan masa dengan layan Yahoo! Games.. Ni adalah game pevret aku:
Leka jugaklah aku melayan game ni sampai kul 10.30. Ingatkan kul 11.00 tu balik terus, sekali diorg decide nak melantak otak-otak kat kedai sarang burung. Dah melepak tu boraklah benda elok2 sket ni citer antu.. cilakak betul. Akhirnya kul 12.15 barulah berangkat pulang. Aku siap terbayang ade sorang pompuan pakai baju putih duk dukung anak tahan aku kat tepi jalan pastu teringat lak citer Momok yg antu tu tumpang dia...
Perjalanan menyeksakan tu pun berakhir. Sampai rumah, aku ralat jugak sebab tak dpt nengok Diari Akademi. Fazeli tido atas katil aku (ni mesti dah penat memekak masa tengok diari). Aku bengang dengan mamat ni pasal bila aku tengah layan Diari Akademi dia akan duk memekak (usually duk kutuk Bob). Dahlah stail cakap memang le slow beberapa desibel je berbanding guruh yang berbunyik kat luar sekarang ni.. Rasa cam nak amik remote Astro sumbat dlm mulut dia..Time aku mandi dia bangun dan blah.. Bukak @15 ade lak Konsert AF ke-3.. Layan kejap je sebab dlm masa 10 minit kut (aku rasa le) Yeop tutupkan tv dgn lampu bilik aku bila dia nengok aku dah naik kapal nak merentas Selat Melaka.