I'm Backkk
Finally lepas lama menghilang aku update semula blog aku ni..
Aku baru balik dr Kursus Induksi selama 3 minggu..
penat bangat, nantilah aku update pasal kursus ni...
Semalam aku nengok citer ni :
Citer dia orait gak eventhough aku rasa AADC dan Eiffel I'm In Love lagi best.. Citer pasal Gadis yg terlalu kecewa selepas putus cinta menyebabkan dia menjadi seorg yg sentiasa bersedih dan tak gembira, walaupun ada Randu yang sentiasa concern dan suka kat dia.. Satu hari, selepas satu pertengkaran kecil antara dia dengan Randu, dia telah terlanggar sorg minah tomboi nama Rudi. Mula2 tak ngam last2 jadik kawan baik..
Randu masih mengharapkan cinta dr Gadis tapi sbb selalunya tak berbalas, dia akan duduk kekecewaan kat kedai tempat Rudi keje.
Sampai la satu masa Gadis anggap yg Rudi ni lesbian dan suka kat dia.. dia luahkan kemarahan pada Rudi, Rudi cuba jelaskan tapi Gadis x dengar..
Aku suka satu part tu bila Randu yg tgh termenung kat kedai Rudi. Rudi tanya dia dah jumpa apa yg dia carik, Randu kata belum, mungkin esok dia carik. Rudi kata camni: Kalaulah kita cuma ada hari ini saja dan tiada esok, apa yang akan kita buat? (aku olah balik ikut pemahaman aku).. Malam tu Rudi berteduh bawah pokok sambil nengok buku dan gambar yg dia ambik dengan Gadis. Gambar tu jatuh kat jalan, Rudi cuba amik tapi dia kena langgar dan mati kat situ..
Lepas tu baru Gadis tau yg Rudi pernah nengok adik dia yg dipukul sampai mati depan matanya.. Dan dia sayang Gadis macam dia sayang adik dia.. Randu yg ikut nasihat Rudi datang rumah Gadis masa ujan lebat+tengah malam. Dia cuma nak Gadis cakap yg Gadis x cintakan dia supaya dia takkan kacau Gadis lagi.. Endingnya, korang leh agak camne kan?
Balik dr nengok citer ni, aku call Awie. Aku tanya bila dia nak dtg sini sebab FKE pun dah pindah kampus tetap. Jawapan dia negatif sekali. Dia dah diberhentikan. Sebab x perform. Macam kena karen kejap aku lepas dengar. Kesian lak kat dier. Susah la dia nak dtg sini lagi.
Kekadang takut gak aku dengar benda2 gini.. Just harap dia akan dpt keje yg lebih baik pasni..