Cimpanzi ?
Pagi tadi, masa on da way gi keje, aku duk dengar satu cerita yg quite interesting kat radio Era.. Ada sekor cimpanzi kat Cina ni nama Ai-ai.. Pada tahun 1988 dia telah menghisap puntung rokok yg dibuang oleh pelancong kat zoo tempat dia duduk tu.. Pastu dia jadik ketagih dan semakin menjadi2 lepas kematian pasangan pertama dan keduanya.. Dan baru-baru ni selepas 17 tahun hisap rokok, pihak zoo tersebut cuba untuk memberhentikan tabiat menghisap rokoknya dengan cara bagi dia dengar muzik lepas makan tengahari dan bagi makan snek selepas dia makan malam.. dan hasilnya, Ai-ai telah berenti menghisap rokok.. Well, cimpanzi pun boleh berenti isap rokok ni kan pulak kita kan? Maybe bulan puasa ini adalah masa yg terbaik utk berhenti merokok..